Tuesday 1 January 2019

SHORTRIP TO IPOH & HAPPY NEW YEAR!

HI Guys!

selamat tahun baru! may this 2019 will be more exciting moments for us and more things to achieve.
everyone ada azam untuk this new year kan, so hopefully kita dapat achieve semua azam kita bersama. yeah, alhamdulillah 10 august 2018 aku start kerja di Entropia sdn. bhd. Bangsar South. harini 2nd Jan 2019 so dah bulan ke-6 im working here! i hope this year can be more exciting working here. lets explore more guys!

azam aku tahun ni aku nak beli motor and kuruskan badan. will see if that happen or not. semoga aku lebih berdisiplin dan cekal untuk go through, its not easy man. aku kena kuat untuk tempuh semua cabaran! you can do it syafiq!

last week me and my friends going to ipoh (29,30 & 31 Disember). we having fun there, i thing that is my great year end moments i ever had, even penat tapi aku still can rasa the fun thing happens. we planned in a short time and we did it. im so happy! we going to lost world of tambun for the whole day on 29 disember 18. on 30 we jalan-jalan around ipoh and 31 we going back. rest for a day in puncak alam, 31 disember me and omar going back to home again. so sad to left them because after this everyone have their own journey, maybe take time to jumpa semula.

fine, walau apapun yang berlaku, lets focus on our future and yeah see you guys soon!

Sunday 4 March 2018

DAY 1 SEMESTER 6

Assalamualaikum. lama rasanya tak menaip dalam blog ni. dalam tak sedar aku sekarang merupakan pelajar tahun akhir (semester 6) bachelor in graphic design uitm kampus puncak alam. alhamdulillah aku dah lalui macam-macam pengalaman sepanjang belajar disini. aku rasa aku nak mula balik menaip and jadikan blog ni sebagai diari harian aku. dah habis belajar nanti boleh lah baca semula.

harini merupakan hari pertama aku. alhamdulillah everything goes well. sepatutnya ada kelas straight pagi 10AM-1PM and continue 2PM-5PM. maybe baru first week and lecturer macam takmau serius sangat and boleh la chil-chill lagi. haha tapi aku rasa better kut ada kelas sebab macam tak ada buat apa pun kalau duduk dalam bilik. by the way, aku and ramai lagi kawan-kawan tak dapat kolej untuk semester ni. at first kami decide jugak nak duduk luar tapi bila fikir balik macam susah pulak. susah bagi aku la especially sebab aku tak ada kenderaan sendiri nak ulang alik dari luar sampai kedalam kampus. after berbincang semua kami decide untuk buat rayuan je. buat masa sekarang ni aku tumpang rumah kawan-kawan suksis aku. duduk sementara result rayuan keluar. esok in shaa allah result rayuan akan keluar. mudah-mudahan allah mudahkanlah segala urusan aku dan kawan-kawan. aku taknak lah duduk menumpang rumah orang lama-lama kan. apa pulak tuan rumah kata. takut tak selesa lah even bilik member yang aku tumpang ni tengah internship sekalipun. untuk sementara everyhting goes well. alhamdulillah again.

untuk semester 6 ni dan bakal menamatkan pelajaran di uitm ni aku tak mintak banyak, aku just nak semua yang dirancang berjalan lancar. taksemua benda akan jadi perfect tapi harapnya apa yang di rancangkan semuanya baik-baik belaka amin. result semester lepas agak WOW la bagi aku. memang aku bagi all out pun sem lepas. tak tebus balik la katakan. sebab result semester 3 & 4 aku turun teroks. alhamduillah semester 5 aku naik semula GPA 3.83 CGPA 3.59. aku target aku nak maintain first class degree and aku rancang nak cuba la mohon pengecualian bayaran PTPTN. kalau ada rezeki and Allah izinkan in shaa Allah !

setakat ni, aku dah ada plan aku untuk semester ni. in shaa allah jugak dalam minggu ni aku akan start kerja partime dengan KOSISWA. cari duit lebih sikit untuk tampung perbelanjaan semester ni. nak final kena banyak pakai duit. preparation untuk event BOLD hujung semester ni pun dah start kena plan. alhamdulillah sebab ada team yang letops untuk sama-sama membantu mengendalikan event ni. semoga Allah mempermudahkan kami. semoga semester 6 kali ini akan menjadikan semester terbaik untuk aku sebelum aku tinggalkan zaman belajar disini.

love XOXO.