Thursday 20 August 2015

BAKAL MAHASISWA

SALAM SATU MALAYSIA .

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi sebab harini tetiba rajin nak update blog . well , sometimes rindu gak zaman blogging dulu2.

tanggal 11 august 2015 haritu adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh aku dan rakan rakan se-STPM yang lain iaitu tarikh tersebut telah menjawab segala-galanya . segala penat lelah masa belajar stpm haritu alhamdulillah telah pun membuahkan hasilnya. bercucuk tanam selama setahun setengah disekolah akhirnya buah yg terhasil sangatlah masak ranum manis etc. fuh

masa nak tunggu tarikh tu , hati memang dah tak keruan dah. tidur malam tak lena dan akhirnya jawapan di portal rasmi UPU telah memberikan aku impak yang PUMM !! yess aku berjaya menjejakkan kaki di UITM untuk sesi september bagi pelajar lepasan stpm 2014/2015 . syukur sangat walaupun target Universiti aku sebenarnya USM , tapi aku fikir positif . UITM pun ok dah .

so now, aku dan rakan yg lain tengah rushing untuk selesaikan borang-borang kemasukan dan everything yg berkenaan dengannya. macam2 jenis cerita aku baca bila tengok senior2 post di fb,twitter pasal life di universiti ni., macam-macam. aku harap sangat aku berjaya habiskan pengajian aku selama 4 tahun disana dengan tenang .

1st september aku bakal berangkat ke UITM puncak alam dalam course SENI REKA GRAFIK (kepujian). mak dengan abah je yg akan hantar nanti. takpela aku tak harap pun org ramai akan iring aku sebab kalau semakin ramai yg ikut semakin pilu hati ni nak lepaskan diorang . fuh ! berpisahla kami sementara 4 tahun belajar ni . kawan-kawan sekelas dan seperjuangan yang lain , kita belajar elok2 ok sampai dapat dekan hahaha.

next week je lagi ada masa . lepastu duduk la kau kat uitm palam tu . meet a new friends , new environment, dan new life . i hope everyhting will be ok. sini aku nak senaraikan nama rakan2 se-stpm yang satu sekolah aku yg berjaya masuk ke U.

aku- UITM
HARITH - UMS
AIDIL- UNISZA
AZIZUL- UNISZA
NAVIN-UMK
HASMIRA-UMK
JIHA-UMK
ZATI-UMK
FUZAH-UUM
ZANA-UUM
IKIN-UUM
FARRAH-UPSI
YANA YAHYA-UPSI
NOLI-USM
ADHNIN-UITM MELAKA
ALIA-UMT
SYAPIK-UNIMAS
PEAH-UMS
LIYANA-KUISAS

lagi 3 orang aku lupa.

k lah, aku cadang masuk belajar nanti aku nak aktif balik. doa doakan ok., aku jugak aktif di fb (https://www.facebook.com/syafiqnas) .papehal contact situ ya. wassalam :) peace V